`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 5, 2023

Fahmi nafi kementerian, agensi hantar SMS politik

 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah membuat semakan dengan semua syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu.

KUALA LUMPUR: Tiada kementerian atau agensi kerajaan mengeluarkan arahan sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsurkan sentimen politik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi menerusi hantaran di Twitter, beliau memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuat semakan dengan semua syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu.

“Majlis Belia Malaysia (MBM) juga telah mengeluarkan penafian dan mengesahkan hantaran tersebut bukan bersumberkan pihak MBM,” menurut hantaran itu.

Hari ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) menafikan terlibat dalam penyebaran suatu hantaran pukal khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bersifat provokatif dan menghasut, yang mengaitkan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.

Presiden Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, bahawa hantaran tersebut tidak bersumberkan MBM atau mana-mana pertubuhan di bawah gabungan MBM.

Pesanan ringkas itu mendakwa pimpinan PAS pusat tidak akan melantik Sanusi sebagai menteri besar Kedah jika PN menang kerana ia akan merosakkan imej PAS.

Izzat berkata penyebaran SMS itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.