`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 5, 2023

Jangan mudah tuduh seorang Muslim jadi kafir, kata menteri agama

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir kerana dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

“Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.

Menurutnya, sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut.

Walaupun Na’im tidak memberi contoh, namun berlegar di media sosial berhubung rakaman video seorang wanita warga emas yang mendakwa “kalau dalam Umno kafir sampai kiamat”.

Video berdurasi 1.16 minit itu memaparkan wanita itu berbual dengan seorang petugas parti ketika berkempen di sebuah negeri di Pantai Timur.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.