PETALING JAYA: Kedah akan mendapat cuti peristiwa pada Ahad sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada PRN esok dan membentuk kerajaan negeri, umum Menteri Besar Sanusi Md Nor.
“Kerajaan negeri Kedah akan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 13 Ogos, jika PN berjaya membentuk kerajaan pada (PRN) 12 Ogos,” kata Sanusi menerusi kenyataan di akaun Facebook rasminya.
Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan turut mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad sempena PRN.
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata, cuti itu bagi memberi kemudahan kepada rakyat serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Utusan.
Terdahulu dilaporkan Terengganu turut akan mendapat cuti peristiwa pada Ahad sempena PRN esok.
Sementara itu, Selangor dilaporkan akan mendapat cuti peristiwa pada Isnin, manakala di Negeri Sembilan, cuti hanya akan diumumkan selepas keputusan PRN dikeluarkan, menurut Menteri Besar Aminuddin Harun.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin sekalipun gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional menang pada PRN di negeri itu esok. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.