`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 9, 2023

Kekal MB NS untuk kerjasama rapat PH-BN, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim berkata usaha mempertahankan Aminuddin dapat memudahkan urusan menyelesaikan masalah rakyat.

PORT DICKSON: Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun wajar dipertahankan bagi memudahkan kerjasama antara gabungan parti-parti di dalam kerajaan perpaduan, kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ini juga bagi kelangsungan kerjasama bagi menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu.

“Perlu pertahankan Aminuddin sebagai menteri besar dan dengan cara ini pimpinan (Barisan Nasional dan Pakatan Harapan) dapat bekerjasama.

“Ini akan memudahkan lagi tugas untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika berucap dalam Jelajah Perpaduan Madani DUN Chuah.

Pada 22 Julai lalu, Anwar berkata cadangan mengekalkan Aminuddin sebagai menteri besar juga sudah dibincang dengan Pengerusi BN, Zahid Hamidi.

Anwar menyifatkan, Aminuddin sudah menunjukkan prestasi mentadbir yang cemerlang sejak menerajui negeri itu, malah keupayaannya diakui sendiri lawan dan kawan.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan, warga Port Dickson berjasa kepada beliau dan menjadi kawasan Parlimen yang paling ‘istimewa’.

“Orang Port Dickson berjasa pada saya bukan saya nak lari dari Port Dickson ini ke kawasan Tambun tapi situ (Tambun) adalah kawasan musuh.

“Macam Port Dickson sudah kuat dah calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.