`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Masalah komunikasi punca isu tular pesakit tunggu lama

 

Terdahulu tular hantaran di Facebook dipercayai oleh seorang wanita mendakwa ibunya terpaksa menunggu lama di zon kuning Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilayan di zon kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) yang tular di media sosial hari ini, didapati berpunca daripada masalah komunikasi antara hospital dengan keluarga pesakit.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, berkata beliau melawat Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI petang tadi dan difahamkan oleh doktor pakar kecemasan bahawa kes yang diadukan dan ditularkan dalam media sosial itu tidak menyeluruh.

“Seperti yang dimaklumkan, pesakit itu dipindahkan dari Klinik Kesihatan ke Jabatan Kecemasan oleh ambulans terus ditolak masuk ke zon kuning dan diberikan rawatan sewajarnya, manakala warisnya menunggu di kawasan menunggu zon hijau.

Ads by Kiosked

“Setelah menstabilkan pesakit, sampel darahnya turut diambil dan dihantar ke makmal. Sementara menunggu laporan, CT Scan turut dilakukan terhadap pesakit untuk memeriksa keadaan kesihatannya dan pesakit itu dibenarkan pulang selepas proses rawatan dan pemeriksaan yang teliti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengambil maklum pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan perubatan di hospital Johor dan yakin anggota perubatan yang merupakan petugas barisan hadapan telah melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan sumber yang sedia ada.

“Saya ingin menegaskan bahawa semua kes kecemasan kategori zon merah (kritikal) dan zon kuning (separa kritikal) yang dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital akan dirawat dengan segera mengikut keadaan pesakit,” katanya.

Ling berkata, beliau dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi banyak kali melawat ke HSI dan memahami pandangan orang ramai terhadap hospital itu serta beban kerja warga hospital dengan kedatangan 300 hingga 400 kes setiap hari di Jabatan Kecemasan.

Oleh itu, mereka juga telah berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan bahawa Johor amat memerlukan staf tambahan bagi meringankan bebanan petugas dan melancarkan segala proses rawatan secara efisien.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi Facebook dipercayai oleh seorang wanita yang mendakwa ibunya terpaksa menunggu lama di zon kuning Jabatan Kecemasan HSI untuk mendapatkan rawatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.