`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 2, 2023

*Pahitnya Realiti* Oleh Ferri Anugerah Makmur

 


*Pahitnya Realiti*

Perjuangan Politik adalah satu *kerjaya ekspres untuk membawa manusia mengejar kedudukan, kekuasaan dan harta*.

Di mana dan siapapun, natijahnya sama.

Senjata paling berkesan adalah *'memperbodoh-bodohkan rakyat'* yang mengundi mereka. Kerana amnya, politikus bukan berjuang demi bangsa dan agama, tetapi untuk diri dan kroninya.

Mungkin terkecuali kepada Lincoln, Gandhi dan Mandela.

Apakah alat paling ampuh untuk mencapai matlamat politikus? Agama dan keturunan pengikutnya. Kerana sentimen ini sangat berkesan untuk merangsang dan menakluki keterujaan, semangat, komitmen dan kesetiaan.

Maka seluruh dunia politik terus bergolak dan berkocak dengan polemik agama, warna kulit, perbezaan kaum dan realiti perbezaan himpitan hidup sikaya dan simiskin.

Malangnya, kebodohan kita rakyat di bawah terus menjadi-jadi sebagai penyokong fanatik yang sia-sia. Terpekik terlolong makan getir habuk dan polusi kehidupan.

Penyokong kecil ada serdak dari balang emas mereka.
Penyokong sederhana dapatlah kontrak kecil-kecilan
Penyokong tinggi dengan projek besar yang kadangkala terbengkalai kerana dada kurangnya ilmu.

Sedangkan politikus kaya raya bersenang lenang bersilih ganti dengan berbagai parti, slogan, manifesto, bendera dan seragam anika warna. Rakus melahap harta negara yang seharusnya jadi hak milik rakyatnya.

Ferri Anugerah Makmur
02/08/2023

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.