`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 9, 2023

Sabah tubuh tabung bencana alam bagi kegunaan semua Adun

 

Masidi Manjun berkata, kadangkala bukan semua kawasan menghadapi bencana alam, justeru kerajaan negeri tidak boleh merangkumkan peruntukan perlu disediakan kepada semua Adun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sabah akan menubuhkan tabung bencana alam untuk kegunaan semua Adun ketika bencana alam berlaku di kawasan masing-masing, kata Menteri Kewangan negeri, Masidi Manjun.

“Soal peruntukan khas spesifik untuk tujuan bencana alam dan sebagainya memang kita sedia ada, tetapi bukan untuk setiap Adun kerana kadang-kadang ada kawasan tidak ada bencana alam, ada kawasan berlaku bencana alam. Kita tidak boleh rangkumkan semua Adun mesti ada peruntukan.

“Apa yang kita buat ialah kita sediakan peruntukan khusus itu sebenarnya apabila saya bentang rang undang-undang (RUU) nanti mengenai tabung amanah, salah satu fokus kita tumpukan penubuhan tabung bencana alam ini dan akan diguna semua Adun di mana saja mereka berada,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang DUN Sabah hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Abdul Ghani Mohamed Yassin (BN-Nabawan) sama ada kerajaan bercadang menambah dana khas untuk setiap Adun khusus bagi kegunaan kecemasan atau bencana alam di kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.