`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 13, 2023

Ahli Parlimen Kuala Kangsar tak telefon, bertemu, atau bincang dengan PM

Jemaah Menteri dimaklumkan tiada perbincangan antara Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan perdana menteri mengenai sokongannya, kata Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun menelefon, bertemu, atau berbincang dengan perdana menteri mengenai sokongannya, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid berkata Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid daripada Bersatu menyokong Anwar Ibrahim atas kapasiti peribadi memandangkan beliau masih ahli parti pembangkang itu.

“Jemaah Menteri dimaklumkan pagi tadi bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun telefon atau bertemu dengan perdana menteri atau mengadakan perbincangan dengan perdana menteri mengenai sokongan beliau kepada kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Semalam, Iskandar menerusi kenyataan, berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Sambil menegaskan tidak akan mengkhianati Bersatu, Iskandar berkata dia tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terus terbiar dan ketinggalkan semata-mata perbalahan naratif politik biarpun berdepan risiko tindakan disiplin.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution menafikan dakwaan Iskandar diugut bagi mendapatkan sokongan, agar kerajaan kembali peroleh sokongan 2/3 Ahli Parlimen.

Saifuddin menepis dakwaan itu sebagai “tuduhan liar” kerana pemerintah telah menikmati majoriti selesa untuk perbaiki ekonomi dan membantu rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.