`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 13, 2023

Insentif awal RM2,000 untuk penjawat awam gred 56 ke bawah

 

Kerajaan ketika ini sedang menyiapkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

PETALING JAYA: Penjawat awam akan menikmati bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam sebanyak RM2,000, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bayaran yang akan melibatkan semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak itu adalah sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) lengkap .

“RM1,000 juga akan diberikan kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2024, di Dewan Rakyat, petang tadi.

Bayaran itu akan dibuat secara sekali gus pada akhir Feb 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.