`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, October 6, 2023

Kamu harus bimbang jika kalah Pelangai, Saifuddin jawab Zahid

 

Saifuddin Abdullah berkata dakwaan Zahid Hamidi mungkin kerana bimbang akan kalah di PRK Pelangai.

PETALING JAYA: Saifuddin Abdullah menafikan dakwaan Presiden Umno Zahid Hamidi, beberapa Adun Perikatan Nasional (PN) Pahang akan keluar gabungan itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN Pahang menyifatkan dakwaan itu fitnah saat akhir oleh BN-Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin kerana bimbang akan kalah di PRK Pelangai,” katanya kepada FMT.

Zahid membuat kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam ucapannya di Felda Chemomoi pada Selasa, beberapa Adun BN akan menyokong PN jika gabungan itu menang PRK Pelangai 7 Okt ini.

“Walaupun itu propaganda mereka, kita juga mempunyai maklumat dalaman dan sebenarnya mereka juga (Adun PN) akan bersama dengan kami.

“Jadi, kita berharap empat (Adun) itu datang daripada mereka (PN),” kata pengerusi BN itu.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan Muhyiddin, sambil berkata Adun BN menyatakan kesetiaan kepada gabungan itu dan tidak akan meninggalkan parti untuk menyertai PN.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. BN dan PH masing-masing memiliki 16 dan lapan kerusi, manakala PN 17.

Sementara itu, Saifuddin berkata BN yang seharusnya bimbang jika kalah di PRK Pelangai.

“Sebab dengan PN memenangi Pelangai, kami akan ada 18 kerusi dan mengatasi BN (16) dan PH (8).

“Pada masa itu, PN menjadi parti paling besar dalam DUN Pahang. Kalau ada empat Adun mereka menyertai PN, maka kerajaan negeri yang baharu akan terbentuk,” katanya.

Saifuddin juga yakin pengundi di Pelangai matang dalam membuat keputusan.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Umno, Johari Harun, yang meninggal dunia dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.