`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 18, 2023

AL KISAH LEBAI PENIPU - SIAPA SURUH BAGI DIA UNDI DAN DUIT? RUGI SENDIRILAH.

 Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah

Kalau tidak silap ada kebun durian di Kg Janda S-ksi
Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai atau tidak 
ustaz cakap senang sebab ustaz semua dah ada,” jelas jemaah

 

Kes No. 1

PETALING JAYA – Seorang penceramah terkenal disoal jemaah masjid 
sehingga terus tidak menyambung ceramahnya di masjid tersebut

(OSTB : Ini berita sangat bagus. At last orang Melayu sudah mula bangkit daripada tidur. Syabas. Orang Melayu sudah berani bangkit dalam masjid untuk mencabar lebai munafik. First time saya dengar perkara macam ini berlaku. Syabas. Lepas ini lebih ramai lagi orang Melayu mesti berdiri dan mencabar lebai munafik dan lebai penipu menjelaskan  penipuan dan cakap merepek mereka. Syabas. Very good.)

jemaah bangun bila ustaz kata bila 50 tahun, tidak perlu kejar harta
Ustaz kata bila usia 50 tahun, umat Islam perlu tumpu ibadat semata-mata

jemaah jelaskan mereka tidak boleh rehat  
kerana masih tidak mempunyai rumah  
golongan susah macam saya, rumah pun tiada lagi. 
Kami tidak boleh berehat, kerja hari-hari

Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah. 
Kalau tidak silap ada kebun durian di Kg Janda S-ksi
Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai atau tidak 
ustaz cakap senang sebab ustaz semua dah ada,” jelas jemaah

– KOSMO! ONLINE.

(OSTB : Taktik dia senang saja, taktik kotor. Dia suruh orang jangan kerja, lebih baik datang dengar ceramah dia. Lagi ramai orang datang dengar ceramah dia yang berbayar itu  lagi banyaklah duit yang dia dapat. Semua duit punya pasal. Lebai makan duit.

Eloklah bahawa jemaah boleh berani berdiri dan tegur lebai-lebai penipu ini. Saya harap trend baru akan bermula dalam negara kita di mana orang Melayu - yang sebelum ini takut-penakut belaka - akan berdiri mencabar lebai-lebai songsang dan lebai makan duit macam ini.)


Kes No. 2


 

(OSTB : Memang pun lebai suk. Dan penipu No 1. Tetapi kes ini lebih berat. Dia tipu apa pun pengikut dia ready telan dengan botol sekali. Macamlah Islam itu dia sendiri yang punya - dia boleh putuskan ini Islam, itu bukan Islam. Saya boleh confirm apa dia cakap itu tak ada pun dalam Islam. Penipu.

DYMM Raja-Raja Melayu harus faham bahawa lebai politik ini kurang selesa dengan konsep raja berperlembagaan. Mereka tidak selesa dengan Perlembagaan Persekutuan yang mereka pernah tuduh sebagai "Perlembagaan penjajah" yang antara lain-nya meletakkan hal ehwal agama bukan sahaja di bawah bidangkuasa Raja-Raja Melayu tetapi juga "negeri-kan" hal ehwal agama dan meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Itu yang lebai politik ini memang tidak suka. Bagi mereka agama itu adalah kuda tunggangan untuk pancing undi dan terus menipu pengundi. Mereka saja harus pegang monopoli atas agama. Mereka tidak mahu kongsi "market share" dengan sesiapa pun).

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.