`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 22, 2023

Ejen insurans rugi RM333,600 ditipu pelaburan saham tak wujud

 

Mangsa berusia 46 tahun melakukan 12 transaksi dalam lima akaun berbeza.

IPOH: Seorang ejen insurans kerugian RM333,600 selepas dipercayai diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 46 tahun itu yang tinggal di Taman Pari, di sini, pada Selasa.

“Siasatan mendapati pada 15 Okt lepas, semasa berada di sebuah medan selera di Taman Canning, di sini pengadu (mangsa) berkenalan dengan seorang wanita bernama “Eva” yang berperanan sebagai pentadbir satu kumpulan WhatsApp, melalui pautan di Facebook.

“Melalui medium media sosial itu, suspek (wanita) telah memperdaya pengadu untuk membuat pelaburan menggunakan aplikasi “Bain Online” yang tidak wujud,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam tempoh antara 19 Okt dan 12 Dis lepas, mangsa telah melakukan 12 transaksi ke dalam lima akaun berbeza melibatkan nilai keseluruhan RM333,600.

Yusri berkata, mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek memintanya membuat bayaran komisen sebanyak RM57,400 terlebih dahulu sebelum wang keuntungan daripada pelaburan itu diserahkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis ingin memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud.

“Sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan, mereka boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.