`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 13, 2023

Fahmi akan jumpa Google berkait kandungan lucah di Youtube

 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan SKMM mahu bertemu Google minggu depan bagi mencari penyelesaian berhubung kandungan lucah di YouTube. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan bersama Google bagi mencari penyelesaian berhubung kandungan lucah di YouTube.

Terdahulu beliau berkongsi hantaran dari pengguna media sosial ‘Akhi Fairuz Al-Jengkawi’ berhubung aduan seorang guru sekolah rendah mengenai anak muridnya menonton kandungan lucah di YouTube.

“Ini dah melampau, saya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini.

“Insha Allah pertemuan minggu hadapan,” katanya di Facebook.

Menerusi hantaran pengguna tersebut, murid tahun satu itu sering membuat aksi lucah didalam kelas sehingga menimbulkan rasa pelik gurunya.

Guru tersebut kemudiannya meminta murid tersebut membuat carian mengenai apa yang ditonton di YouTube mendapati hanya satu perkataan dimasukkan “terus keluar benda lucah”.

“Jika ibubapa tidak serius sekat serta pantau penggunaan telefon bimbit anak dirumah, maka lahirlah generasi yang hmm, nak cakap pun susah,” kesalnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.