`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 23, 2023

Jawatan presiden Amanah jadi tumpuan

 

Presiden Amanah Mohamad Sabu akan menyampaikan pidato presiden hari ini dengan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok. (Gambar Bernama)

KLANG: Pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu, bermula hari ini.

Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden Mohamad Sabu, dua naib presiden, Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad.

Mohamad yang juga menteri pertanian dan keterjaminan makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu, dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi, sebelum dibahaskan perwakilan.

Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Dalam pada, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Ia akan disusuli pembentangan dan perbahasan usul perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.