`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 23, 2023

Mampukah hapus subsidi pukal, kelas pendapatan cegah ketirisan?

 

Perbelanjaan subsidi dan bantuan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, melebihi berbanding peruntukan RM64 bilion.

PETALING JAYA: Kurang 10 hari menjelang 2024, ramai menantikan kesan penghapusan pengkelasan pendapatan yang bakal dilaksanakan secara berperingkat seperti diumumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Antara persoalan berbangkit apakah penghapusan pengkelasan pendapatan B40, M40 dan T20 bakal memberi daya imbang kepada peningkatan kos isi rumah?

Mengikut takrifan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pendapatan isi rumah adalah jumlah pendapatan diterima ahlinya sama ada dalam bentuk tunai atau mata benda diperoleh secara berulang kali dan terakru secara mingguan, bulanan atau tahunan.

Menurut pakar ekonomi Barjoyai Bardai, pengkelasan pendapatan diperlukan dalam menggubal dasar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan.

“M40 ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan B40 kerana di Malaysia ini kebanyakan kumpulan pekerja mendapat pendapatan yang hanya tinggi sedikit sahaja daripada tahap B40.

“Jadi, itu yang kita selalu dengar di Malaysia ini ramai kumpulan M40 yang menghadapi jerat M40,” kata Barjoyai kepada FMT.

Ukur pendapatan kasar

Pakar ekonomi Madeline Berma pula berpendapat pengkelasan pendapatan lazimya diukur menerusi jumlah hasil kasar kerana lebih mudah, namun ada kelompangan sekiranya seseorang bekerja dalam sektor tidak formal yang bayaran diterima boleh berubah-ubah.

“Sedangkan mereka yang kerja di sektor tidak formal atau kerja sektor swasta yang berniaga, dia boleh mengelak. Itu yang kadang -kadang pendapatan mereka sebenarnya hasil mereka, perolehi sebenarnya tinggi tapi mereka dikelaskan sebagai bawah daripada apa yang mereka (perolehi),” katanya.

Sehubungan itu, Barjoyai dan Madeline bersetuju langkah kerajaan membangunkan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bagi pembahagian subsidi yang lebih bersasar dan tepat kepada penerima.

Pada 12 Okt lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perbelanjaan untuk subsidi dan bantuan tahun ini dijangka mencecah RM81 bilion, jumlah itu melebihi berbanding peruntukan RM64 bilion.

Satu daripada faktor menyebabkan lebihan itu berpunca daripada ketirisan dan ada kumpulan tidak layak menerima subsidi.

Bagi Madeline, proses pengumpulan data itu penting untuk mengelakkan salah guna manakala Barjoyai pula maklumat isi tepat rumah tepat boleh mengurangkan masalah dialami kini.

“Apabila kita ada data mikro begitu, kita boleh melanjutkan kajian,” tambah Barjoyai sambil menjelaskan pendekatan ini memberi peluang kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.