`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 23, 2023

‘Tinggal DAP’ jika mahu bersyarat, mursyidul am PAS jawab pelawaan Amanah

 

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata PAS pun boleh letak syarat sekiranya Amanah meletak syarat.

PETALING JAYA: Mursyidul am PAS berkata Amanah harus tinggalkan sekutunya DAP sekiranya mahu bekerjasama, sebagai membalas syarat yang ditetapkan oleh naib presiden parti itu.

“Terima kasih kerana dia buka pintu untuk kerjasama dengan PAS cuma kalau dia meletak syarat, rasanya kita pun boleh letak syarat bahawa kita sedia bekerjasama tapi Amanah kena tinggal DAP,” kata Hashim Jasin kepada FMT, mengulas pelawaan Adly Zahari.

Adly pada sidang media di Konvensyen Wanita Amanah semalam berkata partinya sedia bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan perpaduan, tapi ia perlu kikis “naratif 3R” (agama, raja, dan kaum).

“Selagi dia duduk bersama DAP tidak begitu sesuai untuk PAS terima Amanah dalam pakatan tu,” jawab Hashim.

Sementara itu, Ketua Wanita PAS Nuridah Mohd Salleh berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama jika ia memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

“Jika sesuatu perkara tidak bertentanngan dengannya, tiada masalah bagi PAS untuk berbincang dan bermuafakat,” katanya.

Beliau juga menepis dakwaan PAS pergunakan agama, sebaliknya ia menjadi panduan parti itu.

“Nak kata PAS tunggang agama terserahlah, kerana cara hidup beragama tidak boleh dipisahkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.