`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 19, 2023

Lari asrama tak tahan dibuli, ibu pelajar lapor polis

 


Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Dis lepas seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.