`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 19, 2023

Orang Asli Sungai Ruil rayu pindah segera ke kuarters kerajaan

 

Tinjauan Senator Ajis Sitin mendapati tiada kerja pemulihan dilakukan terhadap lokasi tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil.

PETALING JAYA: Penduduk Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands berharap mereka dapat dipindahkan segera ke kuarters kerajaan, berbanding Januari depan seperti ditetapkan Jabatan Kebajikan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Ketika ini, seramai 88 penduduk dari 17 rumah masih ditempatkan di dewan orang ramai selepas diarahkan mengosongkan kediaman susulan kediaman mereka diancam tanah runtuh pada 12 Okt lalu.

Ketua Kampung Orang Asli Sungai Ruil Long Siang berkata Jakoa ada memaklumkan mereka akan dipindahkan sementara ke kuarters kerajaan awal bulan depan, keputusan diambil susulan laporan FMT pada Ahad lalu berhubung kesukaran dihadapi mereka.

“Kita harap dipindahkan segera sebelum Januari, tak selesa lebih dua bulan tersadai di dewan ini.

“Lebih selesa tinggal di kuarters kerajaan sementara menunggu kawasan rumah kami selamat,” katanya kepada FMT.

Semalam, Jakoa memaklumkan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands yang terjejas tanah runtuh dua bulan lalu akan ditempatkan di kuarters kerajaan dan badan berkanun berhampiran.

Menurutnya, mangsa akan ditempatkan di sana selepas isu berkaitan kemudahan seperti penyambungan bekalan air dan elektrik selesai selewat-lewatnya awal bulan depan.

Sementara itu, Senator Ajis Sitin kecewa kerana sehingga kini tiada sebarang kerja baik pulih dibuat yang sebenarnya boleh dipercepatkan menggunakan perolehan darurat.

“Saya ke sana Sabtu lalu dan mendapati belum ada kerja pemulihan walaupun selepas dua bulan kejadian,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.