`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 16, 2023

Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

 

Daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai di Kelantan iaitu 2,402 orang daripada 714 keluarga. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa mencatatkan peningkatan mendadak kepada 2,854 orang setakat petang tadi berbanding 1,366 orang pada sebelah pagi.

Semua mangsa itu melibatkan 838 keluarga yang berlindung di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, menurut Berita Harian.

Pada masa yang sama, terdapat lima lagi PPS terpaksa dibuka hari ini di Pasir Mas.

Berdasarkan maklumat di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,402 orang daripada 714 keluarga.

Ia diikuti dengan Tanah Merah iaitu 317 daripada 90 keluarga dan Kuala Krai dengan 135 orang daripada 34 keluarga.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula menunjukkan Sungai Semerak di Bachok melepasi paras amaran dengan bacaan 8.15 meter (m) berbanding paras normal 6m.

Empat sungai lain pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.08m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (12.07m), Empangan Bukit Kwong (17.26m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.1m). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.