`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 19, 2023

Sulaiman peguam pegang prinsip keadilan, kata PM

 

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam banyak terbabit kes profil tinggi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam, disifatkan seorang yang teguh berpegang kepada prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi catatan di X, mengakui bahawa Sulaiman tidak hanya seorang peguam malah sahabat akrab yang bersamanya dan keluarga pada tahun-tahun gelap serta getir.

Anwar berkata fikrah dan nurani Sulaiman yang teguh kepada prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa.

“Saya amat terkesan kerana menerima berita ini ketika masih di Tokyo, Jepun untuk lawatan kerja, mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh, diampun segala dosanya serta diberi tempat istimewa di sisi Allah SWT,” kata Anwar.

Perdana Menteri berada di Tokyo sejak 15 Dis lepas bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun selain Sidang Kemuncak Komuniti Sifar Emisi Asia.

Sulaiman, 77, pernah menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia dari 2000 hingga 2001 selain banyak terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi antaranya mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak pada 2018.

Selain itu, Allahyarham juga terlibat dalam pasukan pembelaan membabitkan kes Anwar serta krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas menteri besar Perak Mohd Nizar Jamaluddin pada 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.