`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 23, 2024

Amanah Selangor seru Umno pegang keputusan bersama isu jawatan PBT

 

AJK Amanah Selangor Abbas Azmi berkata setiap parti dimaklumkan jumlah kuota masing-masing bagi jawatan ahli majlis PBT. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemimpin Amanah Selangor menyeru Umno kembali kepada keputusan bersama berhubung jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, selepas ia membuat ketetapan untuk serah kembali tawaran daripada kerajaan negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Abbas Azmi berkata kerajaan Selangor menawarkan 20 jawatan ahli majlis PBT kepada Umno selepas perbincangan melibatkan semua pihak berkenaan.

“Sebagai sebuah kerajaan yang punya banyak parti komponen perlukan kepada keputusan bersama,” katanya, yang terlibat dalam rundingan tersebut, kepada FMT.

“Kita telah berbincang soal pembahagian daripada kerusi PRN sehingga kerusi ahli majlis PBT.”

Menjelaskan prosesnya, Abbas berkata setiap parti dimaklumkan jumlah kuota masing-masing bagi jawatan ahli majlis PBT, selepas suatu perbincangan dibuat melibatkan wakil parti.

Setiap parti sepatutnya mengisi kuota tersebut dengan calon masing-masing, yang kemudian akan diserah kepada kerajaan negeri untuk diberikan watikah.

Umno Selangor pada Sabtu lepas mengumumkan ia mengembalikan kuotanya dan sebaliknya meminta semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, kerana mahu tumpu kepada kawasan luar bandar.

Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, juga memaklumkan pihaknya belum buat pelantikan untuk memenuhi kuota itu, yang hanya 7% daripada 288 ahli majlis.

Semalam, Ketua Pemuda Mohd Imran Tamrin berkata menyasarkan Umno ke luar bandar akan mewujudkan kesinambungan bagi parti itu, yang ingin meraih kembali sokongan akar umbi, memandangkan presidennya, Zahid Hamidi, dan wakil rakyatnya, Rizam Ismail masing-masing memegang portfolio luar bandar di peringkat persekutuan dan negeri.

Abbas berkata apa juga keputusan yang nak diambil perlu dibincangkan. “Lebih tidak adil jika apa-apa keputusan tidak melibatkan perbincangan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.