`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 23, 2024

Banjir: 7 sekolah di Terengganu tutup

 

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa daerah di Terengganu sekali lagi dilanda banjir. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Tujuh sekolah di dua daerah negeri ini terpaksa ditutup akibat dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata daerah terlibat termasuk Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata sekolah berkenaan ialah SMKA Sheikh Abdul Malek; SK Seri Budiman; SK Gelugor; SMK Bukit Besar; SJKC Chung Hwa Wei Sin, SK Kedai Buloh dan SK Lubuk Periuk.

“Tujuh sekolah tidak dapat beroperasi dan diberi cuti bencana kerana kawasan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air.

“Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), JPNT sudah bersiap sedia dan akan menggerakkan Ops Payung sekiranya keadaan semakin buruk,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu mendapati beberapa lokasi termasuk Jalan Sultan Omar, Jalan Pusara, Kuala Ibai dan Cabang Tiga telah dinaiki air.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.