`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 6, 2024

Mangsa banjir Johor meningkat 1,197

 

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,197 berbanding 1,153 malam tadi, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.

Menurut laporan terkini dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seramai 793 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Kota Tinggi, 277 mangsa di dua PPS di Mersing manakala sebuah PPS masing-masing di Johor Bahru (43 mangsa) serta Kluang (84 mangsa).

Berdasarkan laman web publicinfobanjir, empat sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Serian di Sarawak dengan bacaan 9.72 meter (m), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia (12.09m) dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat (10m), kedua-duanya di Rompin, Pahang manakala Sungai Kahang, Kluang mencatatkan 14.76m.

Nadma turut memaklumkan sebanyak 21 jalan ditutup akibat bencana dan kerosakan setakat 6 pagi ini, antaranya Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang, Jalan Kupang/Ibong/Kampung Tanjung Luas di Baling, Kedah dan Jalan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Sementara itu, sebanyak 38 orang ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran kejadian kebakaran melibatkan sembilan rumah di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya, awal pagi tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.