`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 21, 2024

PH minta tangguh laksana tarif air baharu di Labuan

 

Ketua PH Labuan Simsudin Sidek menyokong pelaksanaan tarif air baharu, namun isu gangguan bekalan dan tekanan air rendah perlu diselesaikan dulu. (Gambar Bernama)

LABUAN: Pakatan Harapan (PH) Labuan akan menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merayu pelaksanaan pelarasan tarif air baharu di wilayah itu ditangguhkan.

Ketua PH Labuan Simsudin Sidek, berkata keadaan semasa perkhidmatan bekalan air di Labuan adalah tidak memuaskan dan memerlukan perhatian segera sebelum sebarang pelarasan tarif air dilaksana.

Beliau turut menekankan kebimbangan seperti gangguan bekalan air yang kerap dan tekanan air rendah dan menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menangani isu ini sebelum meneruskan dengan rancangan pelarasan tarif air.

“Adalah penting bagi SPAN untuk memastikan pelarasan itu tidak membebankan penduduk Labuan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan.

Sambil menyatakan sokongan terhadap pelarasan tarif air, PH Labuan menegaskan Labuan adalah antara tiga negeri teratas dengan kadar tarif air dan kos sara hidup tertinggi.

“Labuan PH ingin menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan tekanan kewangan terhadap rakyat yang masih belum pulih daripada peningkatan kos sara hidup baru-baru ini.

“Kami juga menyeru semua pengguna di Labuan untuk mengamalkan penggunaan air secara berhemah bagi mengurangkan tekanan pada sistem bekalan air sedia ada.

“Mengakui keperluan rancangan itu bagi memastikan kemampanan jangka panjang perkhidmatan air, PH Labuan berhasrat untuk mendapatkan keseimbangan yang menjaga kesejahteraan rakyat sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan bekalan air terawat,” katanya.

Pada 17 Jan, SPAN mengumumkan pelarasan tarif air bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan akan dilaksanakan bermula 1 Feb.

Pelarasan itu menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.