`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 2, 2024

Polis cari suspek pecah kedai, larikan 16 telefon bimbit

 

Tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka memecah masuk kedai telefon bimbit.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4.38 pagi dan barang-barang yang telah dicuri suspek adalah 16 buah telefon bimbit pelbagai jenis dengan anggaran kerugian lebih kurang RM19,161,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012-7532276 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup berdurasi tiga minit 16 saat memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka memecah masuk kedai telefon bimbit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.