`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 22, 2024

SPRM tolak permintaan, tetap mahu dakwa esok, kata Naimah

 

Naimah Khalid berkata beliau akan lawan tuduhan terhadapnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isteri Daim Zainuddin berkata beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwanya pada Rabu dan bukannya esok, namun ditolak.

Naimah Khalid berkata, beliau berharap pendakwaan dilakukan pada Rabu, iaitu selepas bekas menteri kewangan itu selesai jalani prosedur perubatan.

“Tetapi ini ditolak. Mereka bertegas mahu dakwa saya esok.

“Saya akan lawan tuduhan ini,” katanya dalam kenyataan.

Naimah juga berkata, pasukan daripada SPRM mahu merakam keterangan di hospital di mana Daim dirawat, walaupun keterangan telah dirakam pada 10 Jan lalu.

“Padahal saya telah beri jaminan akan beri kenyataan selepas prosedur perubatan suami saya selesai pada Selasa,” katanya.

Naimah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut sumber, beliau akan didakwa mengikut Seksyen 36 Akta SPRM kerana gagal mematuhi notis daripada badan antirasuah itu.

Naimah menghadapi hukuman penjara hingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, bekas peguam cara negara, Yusof Zainal Abiden akan mewakilinya.

Daim disiasat SPRM berdasarkan maklumat Kertas Pandora, yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia dengan kawasan perlindungan cukai luar pesisir.

Awal bulan ini, badan antirasuah itu memanggil Naimah dan anak lelakinya, Amir Zainuddin serta Amin Zainuddin untuk disoal berkait maklumat mengenai aset milik keluarga mereka.

Dalam kenyataan susulan, SPRM berkata notis dikeluarkan terhadap Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023. Keluarganya juga dikenakan notis bawah Seksyen 36(1)(b) akta sama.

Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah untuk mencabar siasatan SPRM, yang menurut mereka tidak mengikut Perlembagaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.