`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 






Saturday, June 20, 2026

Skills4Johor terima RM20 juta bantu tingkat kemahiran tenaga kerja

 Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata ia juga bertujuan menyediakan bakat diperlukan bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Menteri Sumber Manusia R Ramanan Gambar Kementerian Sumber Manusia 20626
Menteri Sumber Manusia R Ramanan beramah mesra dengan golongan belia ketika menghadiri Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Kempas hari ini. (Gambar Kementerian Sumber Manusia)
PETALING JAYA:
Inisiatif Skills4Johor menerima peruntukan RM20 juta bagi membantu meningkatkan kemahiran dan pembangunan tenaga kerja sekali gus membolehkan rakyat dapat merebut peluang ekonomi yang tersedia.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata peruntukan menerusi HRD Corp itu turut bertujuan menyediakan bakat diperlukan bagi menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Di Johor, komitmen ini diperkukuh menerusi inisiatif Skills4Johor dengan peruntukan RM20 juta daripada HRD Corp yang dilancarkan bersama Unit Modal Insan Strategik Johor pada 2025.

“Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan bakat yang diperlukan untuk menyokong pembangunan JS-SEZ,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp – Dari Dasar ke Rakyat di Kempas hari ini.

Selain itu, beliau berkata pada tahun lalu sahaja, sebanyak 13,425 majikan di negeri itu berdaftar dalam ekosistem HRD Corp, dengan 479,905 pekerja menerima manfaat secara langsung daripada program latihan dan pembangunan tenaga kerja.

Katanya, RM208.21 juta levi turut berjaya dikutip tahun lalu, manakala RM183.96 juta disalurkan semula kepada majikan bagi tujuan latihan.

“Selain itu, RM191.5 juta bantuan kewangan telah disalurkan dan seramai 232,072 rakyat Johor telah menerima latihan.

“Namun bagi saya, kejayaan sebenar bukan jumlah wang yang dibelanjakan, tetapi manfaat jangka panjang yang diterima rakyat Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan berkata kementeriannya juga memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja gig menerusi pelbagai program peningkatan kemahiran.

“Antaranya Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai RM710 juta serta program AI MyMahir yang menawarkan latihan kecerdasan buatan (AI) percuma kepada 22,000 rakyat Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.