`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Tuesday, September 15, 2026

2 budak maut selepas dipercayai jatuh longkang

 Selain 2 mangsa berusia 12 tahun yang maut, dua lagi budak lelaki terlibat dalam kejadian dikejarkan ke hospital.

Dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Kulim petang tadi, 2 budak lelaki maut, manakala 2 lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang.
PETALING JAYA:
Dua budak lelaki berusia 12 tahun maut manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Kulim hari ini.

Ketua Polis Kulim Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berlaku di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, itu pada 7.30 malam.

“Maklumat awal yang diterima mengatakan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau menambah, anggota yang dikerah ke tempat kejadian mendapati dua kanak-kanak maut, manakala dua lagi, masing-masing berusia lapan dan 11 tahun, telah dibawa ke hospital.

Menurut Syamsul, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.