Ketuanya Fadhlina Sidek berkata pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya Fadhlina Sidek mengingatkan bahawa pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong.
“Kita mesti jujur dengan fakta. Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan. Wanita PKR menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.”
“Jangan kerana perbezaan politik, kita mengaburkan kedudukan Perlembagaan atau menggambarkan keputusan ini seolah-olah keputusan perdana menteri atau PH,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.
Keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat ditetapkan.
Perkembangan ini mendorong pemimpin Parti Bersama Malaysia, Rafizi Ramli, menggesa Anwar dan kepimpinan PH mendedahkan semua syarat yang dikenakan terhadap tahanan rumah Najib.
Fadhlina berkata pengampunan bersyarat Najib sudah tentu mengundang pelbagai reaksi, mengambil maklum kekecewaan dan kemarahan sesetengah pihak.
“Kita tidak harus berpura-pura bahawa perasaan itu tidak wujud. Rakyat berhak bersuara dan mendapatkan penjelasan.
“Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat,” katanya.
Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan daripada hukuman asal 12 tahun dalam kes SRC International.
Beliau dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Anwar dilaporkan berkata pengampunan hukuman Najib tidak menjejaskan prinsip kerajaan untuk terus mengambil tindakan tegas terhadap semua kes rasuah dan salah guna kuasa. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.