`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, October 19, 2026

13 ditahan disyaki bakar rumah pelarian Myanmar di Kulai

 Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata semua suspek berumur 16 hingga 31 tahun itu diberkas dalam satu operasi di sekitar Kulai.

Ab Rahaman Arsad
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436, Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Polis menahan 13 lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes beberapa buah rumah di kawasan petempatan pelarian Myanmar di sekitar Kulai Besar, Kulai dibaling bom petrol atau molotov, pada 13 Okt lepas.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata semua suspek berumur 16 hingga 31 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini dalam satu operasi bermula dari 14 Okt hingga semalam.

Beliau berkata tangkapan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai, hasil maklumat awam.

Ab Rahaman berkata hasil semakan mendapati empat suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

“Polis turut merampas 13 telefon bimbit, tiga pasang pakaian serta tiga topi besbol untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Ab Rahaman berkata sebanyak empat suspek direman selama lapan hari bermula 14 Okt, empat direman selama seminggu dan seorang direman lima hari bermula 15 Okt, sementara empat lagi direman seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436, Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian negeri ini, dan siasatan kes itu dijalankan secara telus tanpa mengira status pelaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kes jenayah diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Johor menerusi talian 019-2792095 atau Bilik Gerakan IPK Johor 07-2212999. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.