`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Monday, November 16, 2026

Bersama akan jadi seperti Muda, Pejuang jika bergerak solo, kata Puad

 Bekas pemimpin Umno itu berkata parti pimpinan Rafizi Ramli perlu mencari rakan gabungan kerana sukar bertahan dalam landskap politik tanpa sokongan akar umbi.

Puad Zarkashi
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata amat sukar menjadi parti solo dalam konteks Malaysia dan Bersama mungkin tutup kedai lebih awal jika ia terlalu idealistik.
PETALING JAYA:
Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Rafizi Ramli berisiko mengalami nasib sama seperti Muda dan Pejuang, jika terus bergerak solo tanpa menjalin kerjasama dengan parti lain, kata Puad Zarkashi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, Bersama tidak boleh bergantung kepada Rafizi saja, sebaliknya perlu membina kekuatan akar umbi dan mencari rakan politik untuk mengembangkan pengaruhnya.

“Bersama bergantung kepada Rafizi seorang. Ia akan jadi macam Muda dan Pejuang. Akhirnya terpaksa menyertai parti gabungan lain,” katanya dalam hantaran Facebook mengulas kenyataan Rafizi selepas Bersama gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

Puad turut mempersoalkan alasan Rafizi bahawa parti itu tidak dibina untuk meraih kemenangan segera, sebaliknya mahu mencabar politik identiti.

Pada PRN Melaka, Bersama bertanding 16 daripada 28 kerusi DUN, namun hilang wang deposit di 15 kerusi, dengan hanya calon DUN Bemban mengekalkan wang deposit.

Lima belas kerusi itu ialah Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.

Puad mendakwa Bersama ketandusan isu yang mampu menarik perhatian dan membangkitkan emosi pengundi, selain mempersoalkan kemampuan parti itu berkembang jika enggan menyesuaikan pendekatannya dengan realiti politik negara.

“Amat sukar untuk menjadi parti solo dalam konteks Malaysia. Kena cari rakan kongsi yang semuanya sudah terbabit dengan politik identiti. Kalau terlalu idealistik, Bersama mungkin tutup kedai lebih awal sebelum tamat satu generasi.”

Mengulas pendekatan politik Rafizi, Puad berkata, bekas menteri ekonomi itu perlu menerima hakikat pengalaman politiknya tidak semesti menjadikan setiap pandangannya diterima rakyat.

“Rafizi kena belajar jadi pemimpin yang tidak merasakan dia saja yang betul dan serba tahu.”

Pada PRN Melaka, Barisan Nasional memenangi 21 daripada 28 kerusi, Pakatan Harapan (empat) dan Perikatan Nasional (tiga). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.