`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Sunday, November 8, 2026

KAUM YANG TIADA MORAL, TIADA MARUAH, TIADA ETIKA, KAUM YANG BANKRAP, YANG LAYAK DILUDAH

 


1. KAUM NABI LUT

Surah Al-A‘raf 7:80  وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ  yang bermaksud  Dan (ingatlah kisah) Lut ketika dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa pun daripada kalangan manusia sebelum kamu?"

7:81   إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ  yang bermaksud   "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki dengan penuh nafsu, bukannya perempuan. Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Surah Hud  11:78  -   وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قَالَ يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي ۖ أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ yang bermaksud:    Dan kaumnya datang bergegas-gegas kepadanya, sedangkan sebelum itu mereka telah biasa melakukan perbuatan-perbuatan jahat. Lut berkata: "Wahai kaumku! Inilah anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu. Maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mengaibkan aku berkenaan tetamu-tetamu ini. Tidakkah ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang berfikiran waras?"

11:79   قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ yang bermaksud:     "Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telah mengetahui bahawa kami tidak mempunyai sebarang keinginan terhadap anak-anak perempuanmu, dan sesungguhnya engkau memang mengetahui apa yang kami kehendaki."

NOTA:  Hampir kesemua penduduk itu terlibat liwat.  Mereka suka liwat, mereka penyokong liwat dan mereka mempertahankan fe'el luar tabii itu.  Bagi mereka itulah normal. Satu kampong terlibat. 


2. KAUM FIRAUN

Surah Ash-Shu‘ara (26:41–42) — فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُوا۟ لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ ٱلْغَٰلِبِينَ yang bermaksud  "Maka ketika ahli-ahli sihir datang, mereka berkata kepada Firaun: "Adakah kami akan mendapat ganjaran sekiranya kami yang menang?"

26:42   قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًا لَّمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ yang bermaksud   Firaun menjawab: "Ya, dan sesungguhnya kamu pada ketika itu akan menjadi antara orang-orang yang dekat denganku."

NOTA: Kroni dan pengampu Firaun sanggup membuat apa saja yang dia suruh untuk mendapat ganjaran, kedudukan dan pangkat. 


3.  KAUM PENYOKONG QARUN

Surah Al-Qasas (28:76–77, 79–80) — Harta Qarun  -   ۞ إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ  yang bermaksud  "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka. Dan Kami telah mengurniakannya dengan begitu banyak harta kekayaan sehingga anak-anak kunci khazanahnya pun menjadi beban yang berat untuk dipikul oleh sekumpulan lelaki yang kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang bermegah-megah."

28:79    فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ yang bermaksud  "Kemudian Qarun keluar menemui kaumnya dengan segala perhiasan dan kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya jika kita juga memiliki kekayaan seperti yang telah diberikan kepada Qarun! Sesungguhnya dia benar-benar seorang yang bernasib baik."

28:80   وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ   yang bermaksud "Dan berkatalah orang-orang yang diberikan ilmu: "Celakalah kamu! Pahala daripada Allah itu lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Dan tidak akan memperolehnya melainkan orang-orang yang sabar."

NOTA:  Qarun seorang yang kaya, sombong dan zalim. Tapi masih ada orang yang idolakan Qarun dan kekayaannya - tak kira dia sombong dan zalim.  

INILAH CONTOH TIGA KAUM YANG TIADA MORAL, TIADA MARUAH, TIADA ETIKA, KAUM YANG BANKRAP, YANG LAYAK DILUDAH

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.