`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Friday, November 20, 2026

Menteri seru ibu bapa bantu anak bina tabiat digital sihat, kurangkan masa skrin

 Fahmi Fadzil berkata kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran selamat dan dilindungi termasuk ketika berada dalam talian.

Child Gadget freepik
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kurangkan screen time, lebihkan masa untuk bermain, bergerak, belajar dan berinteraksi dengan dunia sebenar. (Gambar Freepik)
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru ibu bapa serta masyarakat membantu kanak-kanak membina tabiat digital sihat dengan mengurangkan masa skrin atau screen time dan memperbanyak aktiviti di dunia sebenar.

Beliau berkata, kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi termasuk ketika berada dalam talian.

“Dunia yang semakin digital ini memerlukan kita membantu mereka membina tabiat yang sihat. Kurangkan screen time, lebihkan masa untuk bermain, bergerak, belajar dan berinteraksi dengan dunia sebenar.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar menjaga mereka hari ini, tetapi memastikan mereka membesar dengan sihat, yakin dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya di Facebook sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia hari ini.

Hari Kanak-kanak Sedunia disambut pada 20 Nov setiap tahun bagi menggalakkan kesedaran tentang isu dihadapi golongan itu di seluruh dunia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.