`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Thursday, November 19, 2026

Undi Melayu hampir maksimum, BN-PN sukar rampas Kota Melaka, kata penganalisis

 Hisommudin Bakar dan Lau Zhe Wei berkata penyatuan undi Melayu belum cukup menawan kubu DAP itu tanpa peralihan sokongan pengundi bukan Melayu.

bendera dap
Kota Melaka menjadi kubu kuat DAP sejak sekian lama yang hanya terlepas kepada BN pada 2004. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Kekuatan undi Melayu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Kota Melaka dilihat hampir mencapai tahap maksimum, kata dua penganalisis yang melihat usaha merampas kerusi Parlimen itu daripada DAP pada PRU16 sukar tanpa sokongan tambahan pengundi bukan Melayu.

Hisommudin Bakar dan Lau Zhe Wei senada undi Melayu sahaja belum cukup untuk mengubah keputusan di Kota Melaka memandangkan pengundi Cina membentuk 52% pemilih, dengan kira-kira 85% daripada mereka masih menyokong Pakatan Harapan (PH).

Hisommudin yang juga pengarah eksekutif Ilham Centre berkata sokongan pengundi Melayu kepada BN-PN mencecah sekitar 77% pada PRN Melaka 14 Nov lalu, dengan kadar keluar mengundi golongan itu sekitar 82%.

“Kekuatan BN-PN dalam kalangan pengundi Melayu juga hampir mencapai tahap maksimum,” katanya kepada FMT.

Hisommudin Bakar
Hisommudin Bakar.

Hisommudin berkata calon BN-PN perlu mengekalkan sokongan Melayu sekitar 85% menjelang PRU16 dan meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada sekurang-kurangnya 15% hingga 20%, berbanding sekitar 4% hingga 7% yang diperoleh MCA dan PN ketika ini.

Lau dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata: “Jika pengundi Cina terus kekal bersama PH, kerusi Parlimen Kota Melaka yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina berkemungkinan besar akan terus berada dalam tangan gabungan itu.”

Lau Zhe Wei.

Kerusi yang pernah diwakili Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu hanya terlepas daripada DAP untuk satu penggal apabila dimenangi MCA pada PRU 2004, sebelum dirampas semula pada 2008.

Pada PRN lalu, Umno mengekalkan Duyong dan Telok Mas dengan majoriti terkumpul 21,154 undi, berbanding 26,633 undi majoriti DAP di Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Keputusan itu menyaksikan PH masih mendahului BN-PN dengan kelebihan keseluruhan 5,479 undi di lima DUN berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Umno Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman mendakwa jurang itu membuka peluang BN-PN merampas kerusi Parlimen berkenaan pada PRU16.

Beliau merujuk 56,455 undi diraih PH berbanding 50,976 undi BN-PN, jauh lebih kecil daripada majoriti 46,420 undi diperoleh PH pada PRU15.

Bagaimanapun, Hisommudin berkata jurang yang mengecil itu turut dipengaruhi penurunan kadar keluar mengundi pengundi Cina kepada sekitar 57%, berbanding 70% pada PRU15, selain 5,818 undi yang diperoleh Bersama.

“Malah, jurang undi boleh melebar semula kepada sekitar 14,000 sekiranya pola keluar mengundi pada PRU15 berulang.

“Keputusan PRN tidak boleh diterjemahkan secara langsung sebagai petunjuk kemenangan BN-PN pada PRU16,” katanya, sambil menegaskan kedua-dua pilihan raya mempunyai dinamika berbeza dan Kota Melaka masih merupakan kubu kuat DAP.

Mengulas watak politik yang berpotensi ditampilkan gabungan BN-PN untuk mencabar DAP dan PH, Hisommudin dan Lau senada Adun Duyong, Noor Helmy Abdul Halem mampu menggalasnya.

“Jika Umno letak calon seperti Helmy, membuka peluang kepada Umno untuk memenangi Kota Melaka sekiranya peralihan sokongan pengundi Cina seperti yang berlaku di Duyong turut berlaku di peringkat Parlimen,” kata Lau merujuk kemenangan Helmy dengan majoriti 10,040 undi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.