`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, November 18, 2026

‘Sesal kemudian hilang Komtar’, Fahmi persoal DAP kekalkan Umno

 Adun PKR Pantai Jerejak persoal tindakan mengekalkan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang ketika hubungan PH-BN semakin tegang susulan PRN Melaka.

Rashidi Zinol
Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol menjadi wakil rakyat PKR pertama secara terbuka mempersoalkan kedudukan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang.(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol mempersoalkan pendirian DAP Pulau Pinang yang masih mengekalkan Umno dalam pentadbiran negeri, ketika hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin tegang.

“Sampai bila DAP Pulau Pinang nak kekalkan Umno dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang setelah bergaduh di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan semalam berbalas pantun disindir tapi masih mengekalkan Umno di Pulau Pinang,” katanya menerusi TikTok.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian hilang Komtar,” tambah wakil rakyat PKR itu, memberi amaran secara berkias mengenai kesan politik jika keadaan berkenaan berterusan.

Fahmi menjadi wakil rakyat PKR pertama secara terbuka mempersoalkan kedudukan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang selepas penasihat DAP Lim Guan Eng mencabar Presiden Umno Zahid Hamidi pada September lalu supaya turut mendesak PH menyingkirkan partinya daripada pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga pengerusi PH Pulau Pinang menolak gesaan Guan Eng, dengan menjelaskan pandangan itu bukan pendirian parti dan sebarang keputusan perlu menunggu ketetapan Majlis Presiden PH.

Pada Ogos lalu, kepimpinan PH Pulau Pinang sebulat suara memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan BN dan mengekalkan Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol sebagai exco, meskipun BN menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.

Hubungan kedua-dua gabungan itu semakin renggang selepas persaingan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum kerjasama BN-PN meraih kemenangan besar di Melaka Sabtu lalu dengan menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN. PH hanya memenangi empat kerusi, semuanya menerusi DAP.

Ketegangan itu turut merebak ke Dewan Rakyat apabila Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan menyampaikan pantun yang didakwa menyindir PH pada Isnin, sekali gus mencetuskan bantahan beberapa Ahli Parlimen gabungan itu, termasuk RSN Rayer (Jelutong).

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PH Pulau Pinang Faiz Fadzil turut menggesa kedudukan Umno dalam kerajaan negeri dibincangkan susulan serangan pemimpin parti itu terhadap PH. Mesyuarat yang dijadualkan pada September bagaimanapun ditangguhkan ke bulan ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.