Andai Umno mampu menang solo, hala tuju kerjasama PAS semakin samar.

Kata beberapa penganalisis politik dan penyelidik termasuk daripada Ilham Centre, Barisan Nasional (BN) khususnya Umno, tetap boleh menang PRN Melaka tempoh hari walaupun bertanding solo. Begitu jugalah keadaannya di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini, kata mereka.
Ya, saya tahu ini membuat pemimpin, ahli dan penyokong PN terutama PAS marah. Apa lagi ketika pemimpin BN dan PN cukup yakin gandingan mereka boleh membawa kejayaan merampas Putrajaya.
Meskipun berkata apa yang mereka kata yang disebut tadi, penganalisis dan penyelidik juga berkata kerjasama BN-PN memang beri impak kemenangan besar kepada kedua-dua parti atau lebih tepat gabungan politik berkenaan. Benar ini sudah dilihat.
Bagaimanapun, menurut salah seorang daripada penganalisis itu (ini memang bikin panas PAS, sama ada pemimpin, ahli mahupun penyokong), PAS-PN tidak akan menang sebarang kerusi jika bergerak solo pada PRN Melaka.
Menurut beliau, gelombang hijau semakin pudar, majoriti pengundi Umno yang mengundi PN pada PRN 2021 dan PRU 2022 kembali mengundi BN pada PRN kali ini.
“Itu dalam konteks Melaka. Sokongan Melayu, banyak pengundi teras adalah BN, bukan PAS. PRN dan PRU lalu banyak undi protes Umno-BN pergi ke PN-PAS. Sekarang kembali ke pangkuan BN,” katanya.
Memang ada benar pandangan beliau. Namun pada PRN Melaka yang baru berlalu, PAS hanya bertanding dua kerusi. Maka tidak banyak ‘peluang’ untuk pengundi teras Umno beri ‘sumbangan’ kepada parti itu. Atau membuktikan semangat ‘kesetiakawanan’.
Namun PAS menang jua di dua-dua kerusi. Wawasan, rakan PAS dalam PN juga menang, tapi satu kerusi sahajalah. Satu lagi komponen – Gerakan – seperti dijangka, tak menang apa-apa.
Apa pun mesti diakui, Melaka dan Johor memang kubu BN. Jadi betullah apa yang dikata penganalisis bahawa BN/Umno boleh menang on its own di kedua-dua negeri itu. I’m not sure about Negeri Sembilan. Tetapi jika tidak mahu melabel Negeri Sembilan ‘kubu’ BN, perlu diakui ia (baca: Umno) kuat di negeri itu.
Dalam konteks kerjasama BN-PN, persoalan yang sering timbul untuk sekian lama adalah siapa tolong siapa lebih. Kerjasama lebih menguntungkan Umno-BN atau PAS-PN?
Kerap ditanya juga ialah soal transferability undi, yakni mana lebih banyak? Undi asal Umno pergi ke PAS atau undi asal PAS pergi ke Umno?
Tentu kita ingat Presiden PAS Hadi Awang beberapa kali menyeru ahli dan penyokong partinya mengundi BN di kawasan PAS tidak bertanding. Seruan beliau dibuat terbuka dengan lantang. Malah beliau turut meminta ahli dan penyokong PAS mengundi MCA dan MIC kerana ‘mereka BN’.
Pernahkah pemimpin tertinggi Umno buat saranan ala Hadi? Iaitu meminta ahli dan penyokongnya undi PAS pada ketika Umno-BN tidak letak calon.
Setahu saya tidak. Adakah saya terlepas pandang dan terlepas dengar? Wallahua’lam.
Tetapi pada PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, bilangan calon Umno-BN melebihi calon PAS-PN. Di Johor, PAS-PN bertanding di 11 kerusi sahaja daripada jumlah 56 DUN.
Di Negeri Sembilan, PAS-PN tanding lima kerusi out of 36 seats in the state assembly. Manakala di Melaka, ada 28 kerusi DUN, PAS-PN tanding lima kerusi.
Saya beberapa kali menyatakan kerjasama Umno-BN dengan PAS-PN berjaya terjalin kerana PAS yang banyak mengalah. Parti itu tidak buat tuntutan (setakat ini), rela beri laluan kepada Umno-BN, tunduk akur meskipun dapat pittance. Needless to say, ahli parti tidak suka akan arrangement sebegitu. Ini diakui Hadi. Tetapi diteruskan juga ‘demi Islam memerintah’.
Namun, saya sering juga tanya sampai bila PAS akan mengalah? Pada hemat saya, akan tiba masa PAS akan buat demand when the right time comes. By that I meant, pilihan PRU mendatang.
Bercakap mengenai PRU akan datang, lebih tepat PRU16, saya amat tertarik dengan kenyataan pengerusi BN yang juga Presiden Umno Zahid Hamidi yang disiar Malaysiakini tiga hari lalu.
Zahid dilaporkan berkata, BN belum merancang membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan PN bagi menghadapi PRU16. Ini bukanlah memeranjatkan kerana mungkin terlalu awal untuk bercakap mengenai PRU at this time.
Namun, hanya beberapa hari sebelum itu Zahid berkata, kemenangan di Melaka, yakni yang ketiga berturut turut selepas Johor dan Negeri Sembilan, ialah kesinambungan gelombang biru dan langkah penting menuju ke Putrajaya. Gelombang biru kita tahu terjadi hasil kerjasama BN-PN. Lalu saya ulang tanya – siapa lebih banyak tolong siapa?
Kata beliau, apa yang dilalui khususnya untuk PRN Negeri Sembilan dan Melaka adalah apa yang beliau namakan ‘tafahum siyasi’ atau kesefahaman politik. “Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh.” Pulak dah. Belum pernah? Seriously?
Tetapi Zahid mengakui, jika tiba masanya dan keadaan memerlukan ‘kita akan duduk bersama sama’. Ini typical political talk oleh sang politikus.
Namun, ia boleh mencetuskan pelbagai interpretasi dan spekulasi. Antaranya, adakah BN mahu guna kemenangan tiga PRN berturut-turut sebagai bargaining chip dalam membuat beberapa tuntutan apabila berunding dengan Pakatan Harapan? Ketika PH berada at its lowest ebb?
Bagaimana agaknya reaksi PAS terhadap kenyataan Zahid? Kepimpinan tertingginya mempunyai high hopes of bringing the BN-PN cooperation to the next level.
Entah entah Zahid pun dapat ‘intel’ Umno-BN ‘sebenarnya’ boleh menang di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kalaupun tanding solo. Yakni, without PAS-PN. Lantas beliau dah mula naik syok kot?
Tetapi, ini hanya di tiga negeri di mana BN memang kuat. Di Melaka umpamanya semasa PRN 2021 BN juga menang 21 kerusi. Jadi, 21 kerusi yang BN menang pada PRN tahun ini bererti status quo.
Hakikatnya, BN-Umno tidak kuat atau belum cukup kuat. Memang kalau boleh ia mahu tanding solo. Tetapi BN-Umno masih perlukan PN-PAS. Begitu juga PN-PAS yang perlukan BN-Umno.
Namun, itu pun belum boleh guarantee mereka menang kerana ada 1,001 masalah. Ini kita cerita lain kali. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.