`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 24, 2013

MP PEMBANGKANG PERMAIN PENYOKONG



Oleh : SHARIFAH AZMAWATI A AZIZ
KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Blackout 505' yang berlangsung dua hari lalu mengundang rasa kurang senang pemimipin Barisan Nasional yang menyifatkannya sebagai satu perkara yang tidak bermoral.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata pembangkang cuba menipu rakyat kononnya mereka membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak telus dan adil, tetapi pada masa yang sama mereka hadir mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, hari ini.
“Kalau bekas hakim pun mereka boleh yakinkan boleh jadi speaker, apa pula dengan rakyat. Jadi mereka memang betul-betul double standard, yang menipu rakyat ini sebenarnya adalah Pakatan Rakyat bukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

“Rakyat berhimpun di luar sanggup berjalan buat demonstrasi, tapi mereka di sini angkat sumpah juga. Di sini nampak cara mereka mengelirukan rakyat dan cara 'double standard' mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli parlimen hari ini.

Di luar bangunan Parlimen, hampir 200 penyokong pembangkang yang terpengaruh dengan hasutan pemimpin mereka hari ini membuat demonstrasi membantah supaya pilihan raya diadakan semula.

Rata-rata mereka terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Mereka berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di Jalan Parlimen.

Sambil bersorak "SPR Syaitan", "SPR Penipu" dan "Reformasi" mereka turut membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.

Pada masa yang sama, mereka juga merayu wakil rakyat pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Namun semua itu tidak diendahkan.

Sementara itu, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan tindakan kumpulan yang membantah wakil rakyat pembangkang daripada mengangkat sumpah pagi tadi sebagai berlakunya percanggahan pendirian.

Menurutnya, sebelum ini wakil rakyat pembangkang telah umum enggan angkat sumpah. Namun, kemudiannya menafikan hasrat mereka itu untuk berbuat demikian.

"Saya rasa mereka salah 'info' dengan orang mereka, dalam poster mereka minta jangan angkat sumpah tapi semua sini telah angkat sumpah.

"Mereka mempermainkan sentimen orang mereka. Orang-orang mereka tidak faham bahawa wakil rakyat mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan dan taat setia," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar cuba berdolak dalik apabila diajukan soalan mengenai permintaan penyokong pembangkang yang tidak mahu mereka mengangkat sumpah, sekaligus mengiktiraf kemenangan BN pada PRU-13.

"Soal demokrasi itu hak, hak yang dijamin dalam Perlembagaan dan kemudiannya diterjermahkan dalam Perhimpunan Aman kecuali kalau pembuat dasar di Parlimen menyatakan hak berhimpun itu tidak boleh, maka sewajarnya kalau begitu jangan diwujudkan Perhimpunan Aman ini," katanya.

Demonstrasi hari ini juga dicemari dengan provokasi dan pergaduhan sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan ketika berkawal. Pihak polis kemudiannya bertindak menahan sebahagian daripada aktivis itu. (Antara Pos)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.