`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, June 28, 2013

SLA GEMBLENG TENAGA MUDA




BAK kata pepatah, ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi. Begitulah kejayaan yang dicipta Peguam Muda, Syarulnizam Salleh, 25, (gambar) apabila terpilih sebagai Setiausaha baru Sabah Law Association (SLA) dengan mendapat majoriti 65 undi dalam mesyuarat agung SLA 2013, kelmarin.

Walaupun masih muda namun Syarulnizam memperolehi 186 undi menewaskan penyandang jawatan, Roger Chin yang mendapat 121 undi semasa pemilihan mesyuarat agung tahunan SLA di Hotel Le Meriden, petang khamis.
Syarulnizam, seorang pengamal undang-undang bekelulusan Master of Law (LLM) dari Australia adalah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hak Asasi (Human Rights Subcommittee) SLA.

Sebelum ini, bapa Syarulnizam, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, yang kini merupakan Speaker DUN Sabah mencipta rekod menjadi Ketua Menteri Sabah termuda pada usia 37 tahun.

Dalam pada itu, Presiden SLA, Datuk GBB Nandy @ Ganesh dan Naib Presiden, Cik Catherine Chau berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.