`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 25, 2013

Telinga anak dipotong doktor pakar

Phoi Sin Yee, 18, ke hospital swasta tersebut, bagi mendapatkan rawatan telinga anaknya yang mengalami masalah keloid
SEREMBAN: Seorang bapa Phoi Can Wah, 49, kesal apabila seorang doktor pakar hospital swasta di Seremban, memotong sebahagian cuping bawah telinga anak perempuannya sehingga menyebabkan cuping telinga anak gadisnya itu kelihatan cacat.
Can Wah berkata Phoi Sin Yee, 18, ke hospital swasta tersebut, bagi mendapatkan rawatan telinga anaknya yang mengalami masalah keloid.
(Keloid merupakan suatu benjolan padat yang hanya terdapat pada kulit).
Can Wah berkata pada awal perjumpaan dengan perunding pakar perubatan di hospital berkenaan, doktor mencadangkan agar anak gadisnya itu, mendapatkan suntikan bagi mengurangkan benjolan yang terdapat pada bahagian telinganya, tanpa perlu menjalani pembedahan.
“Namun setelah dua kali mendapatkan suntikan, keadaannya anak saya masih lagi berada pada tahap yang sama, suntikan tersebut hanya mampu dapat mengurangkan bengkak, bukan menghilangkan bengkak.
“Disebabkan itu, pada 01 April lalu, saya membawa anak saya berjumpa dengan seorang lagi doktor pakar kulit yang dikenali sebagai Dr. Chan, 46, bagi mendapatkan pandangannya.
“Setelah melihat keadaan telinga anak saya, doktor tersebut mencadangkan supaya bahagian yang terkena Keloid ini, perlu
dikeluarkan dan bekas lubang di cuping telinga itu akan dimasukkan sejenis bahan yang dikenali sebagai ‘button’ seperti silicon, untuk menutupi lubang tersebut, yang beliau berkata kemudiannya akan disaluti dengan kulit asal.
“Pada awalnya saya bersetuju dengan cadangan doktor tersebut dan menganggap bahawa rawatan itu mungkin dapat memulihkan keadaan telinga anak saya.
“Namun perkara sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja pembedahan tamat, doktor tersebut yang keluar dari bilik bedah dalam keadaan kelam-kabut itu, mengatakan bahawa telinga anak saya teruk dan susah untuk dia masukan ‘button’, sebelum memberitahu dia telah pun memotong bahagian bawah cuping telinga anak saya.
“Mendengarkan keadaan tersebut, saya mula panik memikirkan masa depan anak saya, yang telinganya sudah pun kelihatan pelik atau cacat dan lain daripada biasa,” katanya.
Tambah Can Wah, beliau masih lagi keliru bagaimana seorang doktor pakar boleh berbuat demikian tanpa merujuk kepada ahli keluarganya terlebih dahulu, malah tiada siapa pun daripada mereka menandatangani surat kebenaran, untuk melakukan pembedahan memotong cuping telinga itu.
Buang Keloid, bukan potong sebahagian telinga
“Persetujuan awal adalah melakukan rawatan untuk membuang Keloid dan memasukkan ‘button’ bagi menutupi lubang bekas Keloid itu, bukannya memotong sebahagian telinga anak saya.
“Keadaan menjadi serius apabila menerima surat kebenaran untuk melakukan pembedahan yang telah ditandatangani oleh anaknya, sedangkan anaknya tidak pernah berbuat demikian, tambahan pula pada waktu itu anaknya masih lagi di bawah umur, hanya ibu bapa sahaja yang boleh menandatangani surat kebenaran tersebut.
“Disebabkan kejadian tersebut, kami sekeluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut, kerana kesilapan yang
dilakukan, sehingga menjejaskan anak saya  yang sekarang ini bekerja sebagai pelatih di sebuah pusat kecantikan,” kata Can Wah.
Dalam pada itu, Sin Yee yang ditemui berkata dia berasa sangat malu dan kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, lebih-lebih lagi dia kini
berada dalam bidang kecantikan.
“Saya tetap mahu mendapatkan bentuk asal telinga saya,  bagi memulihkan semula semangat saya yang kini semakin merudum akibat daripada kejadian tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Bukit Kepayang, Cha Kee Chin (DAP) berkata Can Wah mendakwa anaknya tidak pernah menandatangani surat kebenaran pembedahan.
“Jika ia pun anaknya diminta menandatangani surat kebenaran, ianya satu kesalahan atau tidak sah kerana anaknya Sin Yee hanya mencapai umur 18 tahun pada 13 April tahun ini.
“Sedangkan surat kebenaran itu ditandatangani dan pembedahan itu dilakukan sebelum 13 April  ketika Sin Yee masih berumur bawah 18 tahun.
“Doktor tersebut juga gagal memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada ibu bapa Sin Yee sebelum pembedahan tersebut dilakukan.
“DAP sudah menyediakan peguam bagi pihak Can Wah dan Sin Yee untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas doktor tersebut dan hospital swasta terbabit.
Turut hadir peguam DAP, AK Das.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.