Ini penegasan Wan Ahmad tentang keberkesanan tugas SPR...
***************************
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan.
Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja.
"Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan.
"Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas forum tentang persempadanan semula pilihan raya di bangunan Majlis Peguam petang tadi.
"Kita ada kerajaan yang sah. Inilah matlamat (pilihan raya) yang paling penting dan ia berjalan lancar.
"Apa lagi yang mereka mahu? Jangan terburu-buru buat kesimpulan hanya kerana dakwat (kekal) mudah dibasuh dari jari. Ia tidak semudah itu," tambahnya.
*********************************
Kisah Sebenar Cubaan Larikan Peti Undi di Tumpat | 24 Mei 2013
Rakaman ceramah umum oleh YB Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim, ADUN Kelaboran di dalam Program Ceramah & Jamuan Kesyukuran Taman Kota SPP Warisan, Berangan Hujung, Tumpat, Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.