`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 31, 2014

Budak 5 tahun maut terjerut buaian


MAYAT mangsa dibawa dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut pada tali buaian di rumah datuknya di FELDA Lui Muda, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 3.40 petang itu mangsa bermain dengan buaian berkenaan di bahagian dapur.

Ketika kejadian hanya mangsa Isma Umairah Radzuan dan bapa saudaranya berusia 21 tahun berada di rumah manakala datuk dan neneknya berada di luar atas urusan tertentu.

Menurut sumber, bapa saudara mangsa yang meninjau di dapur selepas pelik kerana kanak-kanak itu senyap tidak seperti kebiasaannya ketika bermain.

Katanya, sebelum ini mangsa dikatakan kerap bermain di buaian berkenaan.

“Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda.

“Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jempol,” katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.

ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.