`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 23, 2014

EDISI BIAR GAMBAR BERBICARA ... SUASANA LITTLE INDIA YANG MENJIJIKKAN ... MOHON AZMIN "JOKOWI" ALI BUAT TERJAHAN .. NAK HARAPKAN AMK KLANG JANGAN HARAPLAH.


Terkejut besar betul apabila menerima 3 keping gambar mengenai keadaan Little India, Klang ketika menyambut Hari Deepavali semalam .. Sampah sarap bersepah merata-rata dipercayai berpunca dari perangai para peniaga di sepanjang jalan berkenaan sempena Hari Deepavali.

Harap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin "Jokowi" Ali turun padang membuat terjahan sebab kalau nak harapkan budak-budak hingusan dari AMK Klang buat kerja jangan nak mimpilah melainkan Azmin sendiri turun dan mereka akan berbondong ikut belakang berlagak macam perihatin konon.

Dah sebulan Azmin jadi Menteri Besar Selangor, langsung tidak nampak muka AMK Klang turun padang bantu masalah rakyat .. paling contoh terbaik kes ribut besar Pandamaran, Klang kelmarin ... langsung tiada seorang pun budak-budak AMK dari ketua sampailah ke anggota biasa turun membantu mangsa-mangsa ribut .. nampak muka sikit Ketua AMK Klang datang mengekori Azmin ketika MB turun padang meninjau keadaan.

Hari itu nampaklah eskot Exco YB Amiruddin Sahri tinjau stadium hoki... itulah kualiti yang ada pada AMK Klang kini .. tiada langsung berjiwa perihatin rakyat.

Patutlah anak-anak muda menjauhkan diri dari PKR sebab melihat gelagat dan perangai AMK terutamanya dari Klang bersikap hipokrit dan munafik.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.