Apa yang berlaku?
Semasa otw ke Seremban, gua mendapat maklumat dari sahabat Kedah. Mengenai seorang ibu hamil ditinggalkan suami bersama 2 anak. Lokasi Bunut Susu, Pasir Mas. Sewa rumah dah lama tertunggak. Makan ehsan jiran2.
Gua ada uruskan zakat sebuah syarikat hamba Allah. Taklah banyak. Tapi untuk saguhati bolehlah. Gua kontek sahabat Aktivis Kelantan. Mereka membantu. Sahabat ahli PAS turut majukan perkara ini ke Lajnah Kebajikan.
Sahabat aktivis berjumpa dengan penghulu, menyemak status laporan polis, dan mendapat persetujuan si ibu untuk dedahan media bagi tujuan bantuan. Menurut aktivis, ibu mertuanya di Machang. Dan meminta si ibu dan anak-anak pulang ke Kedah.
Sahabat Kedah bersetuju untuk bantu permulaan kehidupan di Kedah. Cuma, mahu bantuan semua yang bersimpati, untuk :
1. Settlekan hutang rumah yang tertunggak.
2. Simpanan sedikit untuk kehidupan baru di Kedah.
3. Simpanan untuk kelahiran anak. Pemeriksaan mendapati anak lelaki. Tetapi kedudukan bayi songsang.
Untuk itu, kepada yang mahu menghulurkan bantuan, bolehlah berbuat demikian ke :
MAYBANK
HAZIYANA BINTI MOHD SAAD 153010744427
HAZIYANA BINTI MOHD SAAD 153010744427
Sumber : Aduka Taruna
-------------------
Eh. Jap. Mana gambar budak2 melayu peluk cium anjing tue woi?
Owh. Sorry. Takde pun. Saja buat gempak. Marketing. Melayu kan suka baca cerita bangang dari membaca cerita rakyat2 miskin yang tertindas dan kena buli. Melayu kan suka SHARE cerita bebal. Insya-Allah. Lepas buat tajuk gempak neh peluang UNTUK orang klik tinggi, yang LIKE pun tinggi, yang respon pun tinggi, insya-Allah, lebih ramai yang terdedah dengan cerita neh sekaligus lebih banyak bantuan akan sampai untuk keluarga tersebut.
Oke.
WAKAKAKA.
Bai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.