Suami Jadikan Tubuhnya Perisai Demi Lindungi Isteri Dari Perompak | Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai perisai dengan membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi melindungi isterinya daripada diserang perompak ganas.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam semalam, lelaki tersebut mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo menyatakan kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.
Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.
“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami. Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi.
“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.
“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu.
Kemudian, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.
“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan. Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.
Namun, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.
“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.