`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 6, 2023

Abang Jo yakin data sumber ‘minyak baharu’ Sarawak

 

Abang Johari Openg berkata, mahu rakyat Sarawak melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan dalam penganalisaan data semasa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Abang Johari Openg berkata data merupakan “minyak baharu” bernilai tinggi pada masa depan untuk menjadi asas kepada kemajuan berterusan Sarawak.

Premier Sarawak itu berkata, justeru negeri itu memerlukan lebih ramai lagi penganalisis data mahir dalam kalangan rakyat tempatan, untuk menganalisis, dan melindungi data-data strategik yang menjadi asas kepada kemajuan.

“Kita memerlukan ramai penganalisis data yang boleh membaca dan melakukan pengekodan dan penyahkodan. Anda mempunyai data tetapi anda perlu tahu cara menterjemah data melalui proses pengekodan dan penyahkodan. Tetapi data adalah sesuatu yang berharga dan ia mesti dilindungi.

“Sepanjang perlindungan ini, kita juga memerlukan analisis keselamatan siber. Saya berharap bidang ini akan melindungi data strategik, data yang boleh menjadi asas untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya menurut Bernama pada Majlis Konvokesyen ketujuh Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di Sibu.

Abang Johari berkata, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memperlengkapkan diri mereka dengan sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan dalam penganalisaan data semasa, yang ada pada masa hadapan.

Beliau berkata, graduan UTS juga perlu menceburi bidang robotik, khususnya dalam sektor pertanian dan reka cipta cip, di mana Sarawak pada masa kini amat memerlukan kepakaran seumpama itu.

Abang Johari berkata, bidang robotik dapat menggantikan kerja dilakukan secara manual dalam pertanian sebelum ini.

Beliau berkata, apabila sudah menggunakan mesin, sudah pasti turut melibatkan keperluan penggunaan cip yang merupakan antara komponen penting.

“Apabila anda mendapat mesin, anda memerlukan cip dan saya juga ingin rakyat Sarawak mempunyai kepakaran dalam reka cipta cip,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.