`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 6, 2023

Zahid optimis PH-BN Selangor raih majoriti lebih besar

 

Zahid Hamidi berkata calon Barisan Nasional (BN) berpotensi menyumbang majoriti lebih banyak berbanding kerusi dikuasai Pakatan Harapan pada PRU14.

KUALA SELANGOR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi optimis gabungan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) mampu mencapai kemenangan dengan majoriti besar PRN Selangor 12 Ogos.

Zahid menjangkakan gabungan itu bukan sekadar mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu, malah akan memenangi lebih daripada itu.

“Saya jangkakan bukan sekadar mempertahankan kerusi yang ada, tetapi dengan bantuan daripada calon-calon BN, kedudukan kerusi akan melebihi berbanding yang diperoleh sebelum ini,” katanya selepas menyantuni rakyat bersama calon PH Amidi Abdul Manan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, di pasar malam Pekan Ijok.

Pada masa yang sama, beliau juga yakin kerusi Ijok yang menghadapi saingan tiga penjuru termasuk daripada Jefri Mejan (Perikatan Nasional) dan Tan Cat Keong (Bebas), akan kekal di tangan PH.

“Kita perlu berusaha agar masyarakat tidak mendengar fitnah atau isu-isu yang tidak munasabah. Yang penting kestabilan politik akan dapat terus memacu Selangor sebagai sebuah negeri perindustrian yang berteknologi tinggi,” katanya.

Sebelum DUN Selangor dibubarkan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang, dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas.

Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.