`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 12, 2023

Anwar: Dah lama maafkan, tapi Mahathir keras hati

 


Malam ini merupakan tempoh akhir untuk semua parti yang terlibat dalam PRN berkempen.

Berita membawakan liputan perkembangan menarik di setiap negeri.


11.59 malam: Tempoh kempen berakhir

Tempoh kempen selama 14 hari untuk PRN di enam negeri tamat tepat 11.59 tengah malam ini.

Ini bermakna selepas tempoh itu, segala aktiviti merayu undi tidak dibenarkan.


Anwar: Dah lama maafkan, tapi Mahathir keras hati

Sungai Petani, Kedah - Anwar Ibrahim berkata dia sudah lama memaafkan bekas mentornya yang bertukar menjadi saingan Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, dia berkata Mahathir bersikap keras hati.

"Saya maafkan semua, Tun Mahathir sudah lama saya maafkan. Tapi jangan buat lagi.

"Ni dah maaf, tendang sekali. Maaf tendang sekali lagi.

"Tapi satu perkara tak tolak ansur you curi tanah humi sakau REE, curi duit Jana Wibawa, saya akan mengencam sampai habis. Ini bukan duit saya, ini duit rakyat," katanya.

Anwar kemudian berkata mereka yang dia tidak boleh maafkan, bagaimanapun, adalah mereka yang mencuri tanah rakyat, nadir bumi, atau dana daripada Jana Wibawa.

Di akhir ucapannya, Anwar menyeru calon-calon PH-BN Kedah untuk menyertainya ke pentas.

Mereka yang hadir kemudian menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu" sempena ulang tahun perdana menteri.


11.40 malam: Petaling Jaya, Selangor - Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Pakatan Harapan perlahan-lahan mencontohi era politik Najib Abdul Razak.

Semasa menyampaikan ucapan di Bukit Gasing, Syed Saddiq berkata PH perlu diingatkan tentang apa yang mereka perjuangkan sebelum menjadi kerajaan.

"Saya tidak mempunyai apa-apa isu peribadi terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tetapi kita harus konsisten dalam apa yang kita sampaikan," kata Syed Saddiq.


11.35 malam: Hulu Kelang, Selangor - Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pengundi Selangor membantu PN menawan negeri itu, ketika jentera seteru mereka menumpukan di tiga negeri lain.

“Biar mereka serang Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kita tawan Selangor,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata kebangkitan pengundi Melayu pada PRN ini ada kaitan dengan ketidakpuasan hati terhadap Umno.

“Ini gelombang ahli Umno yang tidak puas hati dengan Zahid.

“Dia kata ‘No Anwar No DAP’. Ini membuatkan ahli-ahli Umno tidak puas hati.

“Dengan gelombang (anti-)Umno ini kita akan tawan kesemua negeri termasuk Pulau Pinang,” katanya.


11.30 malam: Jelutong, Pulau Pinang - Ketua menteri sementara Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengucapkan terima kasih kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri sementara.

"Lima tahun ini, kita melihat ekonomi Pulau Pinang bertambah baik, dan mendapat rekod terbaik antara tahun-tahun ini," katanya.

Dia juga mengusik dirinya sendiri, memberikan ucapan seolah-olah ucapan perpisahan, tetapi dia menekankan bahawa, esok akan menjadi permulaan yang baru.

Dia turut berkongsi bahawa, Ilham Centre menunjukkan bahawa, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri sembilan adalah negeri yang mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding negeri yang ditadbir PN, dan ini adalah satu pengiktirafan yang baik.

Dia berkata, semua rakyat Pulau Pinang menyumbang kepada pencapaian Pulau Pinang hari ini.


Anwar: Jangan maki orang, guna PRN lepas geram

11.25 malam: Sungai Petani, Kedah - Anwar Ibrahim berkata kempen pilihan raya bukan wadah untuk menghina.

"PRN bukan untuk cerca orang dan maki orang. Jangan jadi tin kosong, guna peluang ini untuk lepaskan geram.

"Bela nasib rakyat di negeri ini," katanya.

Anwar sering menjadi bahan kritikan daripada menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.


Kedah cuti peristiwa Ahad ini jika PN menang

11.20 malam - Menteri besar sementara Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kedah cuti peristiwa pada Ahad ini, jika PN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Setakat ini, Selangor dan Terengganu turut mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad 13 Ogos ini.


PN nak cutikan Amir lima tahun

11.00 malam: Hulu Kelang, Selangor - Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata PN akan memberi “cuti” selama lima tahun kepada Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.

“Menteri besar sementara Amirudin kata Selangor cuti sehari (Isnin) jika PH-BN menang dalam PRN Selangor.

“Tak apa, bila PN menang Selangor esok, kita bagi cuti lima tahun,” katanya.

Bekas pemimpin Umno itu juga meramalkan bahawa PN akan menang lima negeri dalam PRN ini.

“Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PN akan sapu bersih.

“ Di Negeri Sembilan kita sedang mendahului. Di Selangor, saya ramal PN menang 34 DUN PH 22 kerusi DUN.

“Cuma di Pulau Pinang PH mendahului kita dengan 22 berbanding 18 kerusi,” katanya.


Gelombang merah akan berlaku esok - Ramkarpal

10.50 malam: Jelutong, Pulau Pinang - Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Ramkarpal Singh berkata dia menjangkakan gelombang merah mungkin berlaku di beberapa negeri esok.

"Dalam dua minggu berkempen, saya pergi ke negeri lain, (seperti) Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan.

"Saya nampak dan rasa gelombang merah (PH) akan berlaku esok," katanya positif melihat peluang PH.


Anwar bergegas ke Sungai Petani

10.45 malam: Gurun, Kedah - Pengerusi PH Anwar Ibrahim berlepas selepas berucap selama 15 minit pada ceramah malam ini, untuk menuju ke acara terakhirnya di Sungai Petani.

Hadirin melaungkan "reformasi" ketika konvoi pengiring Anwar meninggalkan kawasan itu.

Sebelum ini, penyokong PH bersorak terhadap beberapa kenderaan PN yang memandu di sekitar tempat ceramah.


Konvoi penyokong PN berlegar hampir di ceramah Anwar

10.30 malam: Sidam, Kedah - Sekumpulan penyokong PN dilihat berkonvoi mengelilingi stesen minyak yang jaraknya terletak berhampiran tempat majlis ceramah Jelajah Perpaduan Madani Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Padang Eupe.

Kumpulan pemuda itu dilihat mengibarkan bendera PN dan PAS sambil menunggang motosikal dan basikal.

Turut kelihatan di jalan raya di Sidam ialah kereta dan trak dengan bendera PN dan PAS, dengan pemandunya membunyikan hon sekali-sekala pada orang yang lalu-lalang.


‘Laungan takbir ganti reformasi’

10.40 malam: Hulu Kelang, Selangor - Ketua Armada (Pemuda Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata PN akan menyambut kemenangan gabungan itu dalam PRN Selangor esok dengan laungan ‘takbir’ bagi mengantikan slogan reformasi.

“Reformasi sudah mati,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang PN di Taman Melawat

“Bagaimana Reformasi hidup jika orang bersebelahan PM mempunyai 47 kes rasuah,” katanya lagi.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga ahli parlimen Machang merujuk kepada timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan kes tuduhan rasuah di mahkamah.


Anwar tiba di Gurun, pantas naik ke pentas

10.30 malam - Gurun, Kedah: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba untuk acara ketiganya malam itu dan pantas berjalan ke pentas.

Anwar meminta maaf kepada orang ramai, menjelaskan dia terlambat dalam jadualnya.

Dia juga meminta beberapa hadirin yang berkerumun di hadapan pentas untuk duduk bagi membolehkan yang lain dapat melihatnya menyampaikan ucapannya.


10.10 malam: Hulu Kelang, Selangor - Lebih 3,000 hadir program Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang PN di Taman Melawati.

Ketika berucap Calon PN DUN Sungai Tua Hanif Jamaluddin meminta penyokong PN supaya turun secara beramai-ramai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya meminta saudara-saudari yang hadir hari ini memastikan esok semua ahli keluarga turun mengundi PN.

“Insya-Allah, malam esok Selangor menjadi milik kita,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi PN Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.


Lim laungkan PN tumbang

9.30 malam: Jelutong, Pulau Pinang - Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir muncul di Ceramah Mega Perpaduan.

Orang ramai semakin ramai, dianggarkan kini adalah sekitar 1,500 orang di Persiaran Karpal Singh.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng turut mengetuai penyokong melaungkan slogan "PN, Tumbang."

Dia mengkritik PN yang didakwanya tidak tahu menguruskan ekonomi.


Anwar turun ke Gurun malam ini

9.20 malam: Gurun, Kedah - Kira-kira 500 orang tidak sabar menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba untuk ceramah Pakatan Harapan di sini malam ini.

Dalam pada itu, hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan silat.

Terdahulu, calon Gurun PH Firdaus Johari tiba dan memberi salam kepada orang ramai. Firdaus ialah anak bekas wakil rakyat Gurun, Johari Abdul yang mengosongkan kerusi itu apabila dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat.

Firdaus akan menentang Baddrol Bakhtiar daripada PN dalam pertandingan satu lawan satu.


Terengganu umum Ahad cuti peristiwa

8.15 malam - Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad 13 Ogos ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menteri besar sementara Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti tersebut bertujuan memudahkan pengundi yang bekerja di Terengganu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya pada satu kenyataan hari ini.


Ceramah mega PH-BN di P Pinang

8.10 malam: Karpal Singh Drive, Pulau Pinang - PH dan BN sedang mengadakan Ceramah Mega Perpaduan malam ini.

Antara pemimpin yang kelihatan Lim Hui Ying, M Kula Segaran, Syerleena Abd Rashid dan para calon di Pulau Pinang.


Sanusi ejek Anwar 'Kim Jong Non'

8 malam: Merbau Pulas, Kedah - Pengerusi PN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang digelarnya sebagai "Kim Jong Non".

Bercakap pada ceramah PN, Sanusi mendakwa media kerajaan, iaitu RTM, tidak dibenarkan memaparkan dirinya dalam berita kecuali untuk menyerangnya.

Menurut Sanusi, satu-satunya negara yang berusaha menghalang maklumat daripada rakyat adalah komunis.

“Tuan-tuan satu-satunya jenis negara yang kerajaan sedaya upaya sekat apa sahaja maklumat kepada rakyat adalah negara komunis.

"Sebab tu depa panggil Kim Jong Non,” kata Sanusi menggabungkan nama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan nama timangan Anwar "Bang Non".

“Sebab tu kita tak boleh untuk menghalalkan pengunaan jentera kerajaan untuk kempen," tegas Sanusi merujuk Anwar menggunakan helikopter kerajaan dalam siri jelajahnya.


Ceramah mega penyudah kempen

7.50 malam: Calon-calon bertanding PRN menghabiskan baki masa berkempen sebelum tengah malam ini untuk merayu undi.

Pemimpin gabungan PN dan BN-PH masing-masing turun pada ceramah mega kemuncak malam ini di enam negeri. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.