`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Calon PH akur bapa tak bantu kempen, jadi ‘pengadil’ kerana tugas speaker Dewan Rakyat

 

Firdaus Johari akan berdepan dengan bekas pemain Kedah Kedah Baddrol Bakhtiar di DUN Gurun. (Gambar Facebook)

JERAI: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Gurun Firdaus Johari menerima hakikat ketiadaan bapanya Johari Abdul dalam kempen PRN kerana perlu berkecuali susulan statusnya sebagai speaker Dewan Rakyat.

Firdaus berkata abangnya, Taufik, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga tidak dapat berkempen untuknya kerana perlu membantu mengekalkan kemenangan PH di DUN Bakar Arang dan Sidam.

“Ayah tak akan turun padang, beliau umpama pengadil (sebagai speaker) dia tak boleh sebelah mana-mana pihak , beliau menjarakkan diri…cuma sokongan moral dari jauh,” katanya kepada FMT.

Namun, Firdaus mengakui menggunakan rekod prestasi bapanya yang pernah menjadi Adun Gurun sebelum melepaskannya pada tahun lalu untuk dilantik sebagai spekar Dewan Rakyat.

Firdaus berdepan pertembungan satu lawan satu dengan bekas pemain kebangsaan dan Kedah Baddrol Bakhtiar yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, beliau yakin dengan peluangnya jika dapat mendapat sokongan masyarakat Cina dan India yang mewakili 35% daripada jumlah pemilih dan 40% pengundi atas pagar.

“Bagi mendapatkan undi anak muda Melayu, kita cuba perbaiki program,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.