`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Pelajar 14 tahun alami kelesuan haba akibat bersukan

 

Pelajar itu mengalami kelesuan haba selepas bersukan ketika cuaca panas pada 27 Jul lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pelajar mengalami kelesuan haba akibat menyertai aktiviti bersukan ketika cuaca panas, menjadikannya 16 kes kesihatan berkaitan fenomena cuaca panas direkodkan di Sabah sejak 15 April lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna berkata pelajar lelaki 14 tahun itu dikesan mengalami kelesuan haba ketika dirawat di unit kecemasan sebuah hospital pada 27 Jul lalu.

“Kes itu dikesan selepas pelajar berkenaan mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital, tetapi dibenarkan pulang pada hari sama.

Ads by Kiosked

“Faktor risiko yang dikenal pasti adalah terbabit dalam aktiviti bersukan ketika cuaca panas,” katanya menurut Harian Metro.

Daripada 16 kes kesihatan berkaitan fenomena cuaca panas yang direkodkan dalam tempoh empat bulan ini, katanya, 10 kes membabitkan kelesuan haba serta masing-masing tiga kes membabitkan strok haba dan kekejangan otot.

Katanya, antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas ialah badan berasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi laju, pening, mual dan boleh mengakibatkan sawan atau pengsan.

Beliau berkata, kanak-kanak dan warga emas golongan paling berisiko berdepan masalah kesihatan akibat cuaca panas.

“Segeralah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut, sekiranya mengalami tanda-tanda awal kekejangan haba, kelesuan haba dan strok haba.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.