`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 4, 2023

Hak masing-masing keluar parti, tumpu menangkan calon, kata Azalina

 

Azalina Othman Said berkata, dalam demokrasi mana-mana individu berhak keluar masuk apa jua parti. (Gambar Bernama)

KUALA PILAH: Seorang pemimpin Umno menggesa mana-mana pihak tidak mempolemikkan isu keluar parti sambil menyifatkan itu hak masing-masing.

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said, berkata dakwaan dibuat Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa, bahawa ramai kalangan pemimpin dan ahli Umno akan meninggalkan parti itu bertujuan mengucar-kacirkan dan ingin mengalihkan tumpuan kempen.

“Bagi saya ini satu kenyataan yang mengucar-kacirkan, memberikan satu fokus tumpuan sampingan. Fokus kita (sebenarnya) adalah untuk memenangkan calon kita.

Ads by Kiosked

“Bagi saya ini demokrasi, siapa nak keluar parti hak dia, siapa yang nak masuk balik hak dia.

“Sama juga orang kata kalau keluar daripada Umno, ada juga orang yang keluar dari parti lain,” katanya selepas sesi walkabout di pusat daerah mengundi Bukit Gelugor, DUN Juasseh.

Beliau hadir berkempen bersama calon BN Juasseh, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Annuar sebelum ini mendakwa, ramai kalangan pemimpin dan ahli Umno akan meninggalkan parti itu.

Dalam pada itu, Azalina, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) menegaskan PRN enam negeri tidak boleh mengubah situasi pentadbiran kerajaan persekutuan.

“Ia tidak boleh mengubah situasi di Parlimen sebab PRU sudah habis,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.